Pada pertemuan ini, penulis akan mencoretkan perihal aqidah. Persoalannya apakah tujuan sebenar aqidah Islam? Jawapannya, aqidah Islam mempunyai banyak tujuan yang baik dan harus dipegang iaitu:
1. Untuk mengikhlaskan niat dan ibadah kepada Allah yang mana Dia merupakan Esa. Ini kerana Dia adalah pencipta yang tiada sekutu.
2. Aqidah bertujuan untuk membebaskan akal dan fikiran dari kekacauan yang timbul dari kekosongan hati dari aqidah.
3. Aqidah juga btujuan untuk ketenangan jiwa dan fikiran, tidak cemas dalam jiwa dan tidak goncang dalam fikiran. Aqidah ini akan menghubungkan org mukmin dgn Penciptanya lalu merelakan Dia sebagai Maha Pengatur.
4. Aqidah meluruskan tujuan dan perbuatan dari penyelewengan dalam beribadah kpd Allah dan bermuamalah dgn orang lain. Dasar aqidah ialah mengimani para Rasul dan ikut jalan mereka yang lurus dalam tujuan dan perbuatan.
5. Bersungguh2 dalam segala sesuatu dgn tidak menghilangkan kesempatan beramal baik.
6. Mencintai umat yang kuat menyerahkan segala yang mahal atau murah untuk menegakkan agamanya dan memperkuatkannya tanpa menghirau halangan dan kesukaran yang dihadapi.
7. Dengan aqidah, dapat meraih kebahagian dunia & akhirat dengan memperbaiki individu2 mahupun kelompok masyarakat dan umat.
Kesimpulannya, marilah kita sama2 merenung apakah sebenar tujuan kita beraqidah. Adakah semata2 untuk memperolehi habuan dunia atau bagaimana?? semoga dengan coretan ringkas kali ini dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. ('',) (disunting dari kitab Syarhu Usulil Iman)

Kuala Lumpur Time
No comments:
Post a Comment