Assalamualaikum wbt. Setelah agak lama menyepi kini, saya kembali untuk menulis catatan yang juga agak ringkas tetapi mendalam ertinya. Ini kerana saya menghadapi beberapa masalah untuk mengirim coretan dalam meneruskan hasil fikriah saya. Semenjak kepulangan saya ke desa, talian internet tidak dapat dilayari dengan lancar. Maka hasil coretan dalam blog ini tidak dapat dijanakan dengan sebaiknya. kemungkinan blog ini akan dikemaskini sepenuhnya setelah segala masalah yang rumit dapat diatasi.maaff dipinta dari saya.
Pada tanggal 21hb November 2009 bersamaan 4hb Dzulhijjah 1430H musibah telah menimpa diri saya. ayahanda saya telah mengalami kemalangan jalanraya dihadapan sebuah masjid di kampung saya jam 7.15p.m. kejadian berlaku ketika ayahanda ingin menunaikan solat maghrib di masjid. didengar dari khabar penduduk, ayahanda telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan jalanraya. Ayahanda mengalami kecederaan patah tulang tangan kiri, tulang bahu berselisih, dan jahitan di kepala. Allahu akbar, begini peritkah kesakitan yang ayahandaku hadapi.. ayahandaku dirawat di hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Ya Allah Ya Ghaffar.. aku pinta segala dosa dan kesalahan kedua ibubapaku diampunkan..

Kuala Lumpur Time